Tuesday, May 31, 2016

Long Time Ago

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... 
Kalau join Kalam Jamaie pun okee jugakk nie 

"Aip,Kalam Jamaie sekolah rendah jer ๐Ÿ˜ช"
"Memanglah, nak cerita masa sekolah rendah lah ni ๐Ÿ˜’"
"Okee ๐Ÿ˜“"

Kalau dulu , masa sekolah rendah senang je nak cari kawan 
Sebab, semua Gila Gila 
Haaha, zaman tak matang dan baru nk up jadi senior 

Kalau nak diimbau kembali, 
Memang banyak kenangan masa sekolah rendah 
Ada tu sampaikan polis datang lah kiranya 
Nampak tak "Gila" nya tu tahap mana? 

Dulu, masa sekolah rendah dapatlah jugak jawatan 
Dari tak ada langsung,nak jugak pegang jawatan 
Jawatan tak diiktiraf pun ada jugak 
Kalau pengawas basiclah kna pandai jaga disiplin dan pelajar 
Tapi, masa sekolah rendah 
Dapatlah rasa jadi 
PHOTOGRAPHER TAK BERTAULIAH 
Habis semua aktiviti, mesti ada gambar.. 
Well, anak cikgu bawak phone merata 
Tak kasi bawak,bawak jugak..Degil katakan.. 





Gambar nie snap pakai phone biasa je.. 
Tapi, dulu tak serba canggih.. 
Jadi, masa tu phone tu dikira Hot Items jugak lah.. 
Tapi, still tak mampu lawan IPhone ๐Ÿ“ฒ

Gambar ni masa raya rumah guru kelas, 
Alahai rumah dia dekat je.. 
Tak jauh pun.. blakang sekolah jer. ..
Lagi-lagi cikgu ni org johor 
Dia punya Laksa Johor 

Perghh, sodapp gillooo 



Wokehh,this pretty woman is my friend 
I called her Dilla ..
I don't know how to describe about her 
Dia ni dulu pendek je, selalu kna buli 
Actually, dia ni pun pengawas jugakk.. 
Comel-ii cute-ii, jeless dibuatnya 
Apatah lagi PLUS dengan kepandaian dia 
Complete terus jadi menantu ๐Ÿ˜œ





If I nak kata best friend tak jugak 
Nak kata boiprennn, lagilah tak 
Jadi, saya menganggap diri dia ni sebagai Kawan Lelaki je bolehkan?
Dia ni baik,suka bagi nasihat, sekepala gila-ii nya.. 
Kadang tu sanggup tidur lambat utk siapkan kerja Reka Cipta 
Tiap kali dia dpt projek Reka Cipta kompem mengeluhh.. 
Oleh itu, sebagai kawan 
Saling memyokong antara satu sama lain adalah penting, Betul tak? 
Setakat ni kalau sakit hati dengan dia pun, takda lahh teruk sangat๐Ÿ˜



Okeh, nie classmates, tapi perempuan jer 
LELAKI?entahlah.. time tuh Hari Anugerah Kecemerlangan 
Dan itu merupakan tahun tahun terakhir sebagai pelajar sekolah rendah ...Ramai buat hal sendiri nak simpan kenangan agaknya.. 

Hajatnya nak buat reunions, tapi 
Masih belum kesampaian.. 
Haaahaa, anyway...masuk tahun nie hampir 3tahun setengah tak jumpa.. terasa rindu nak main Buaya-ii,Cop-ii tiang, panjat pokok rambutan sekolah .Alahaii.. Rinduu nyaaa.. Tak sabar nak tunggu persetujuan tarikh reunion.. 

Apapun pun, kalau ada yang mengenali mereka di dalam gambar... Maaf ya.. Ini sekadar berkongsi ๐Ÿ˜‰Waallahua'lam 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


A DeadLine

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum,
Hari ni nak crita fasal DEADLINE
kali ni kena upload pkai phone, sbb kekurangan masa..
Kemudahan tersangkut,
Dan hari ni jugak adalah DEADLINE post nie.. Kalau tak sempat edit tu.. paham2 jelahh.. Harap cikgu x check lagi.. huhu.. Terlampau sibuk,bukan dgr kerja sekolah tapi ghairah membantu ibu menanda kertas.. hahhaa.. Well, dia punya tanda kertas pun ada deadline smpai terlupa DEADLINE kita nak buat post for this blog...

Asalnya nak cerita fasal KEMATIAN, perasan tak ramai yang dah pergi meninggalkan kita.. Setiap minggu mesti je ade dengar org meninggal.. Takutnya kalau dalam masa-masa terdekat ni, tarikh kematian kita semakin hampir, Malaikat Maut duk tunggu ja masa.. Apa org, RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI.... Mati tak kira usia.. tak cepat dan tak juga lambat.. Malaikat seorang yang PunchTime.. tapi kita duk leka buat urusan Dunia..

Laa ni kalau hangpa sumaa tgk, ramai duk kjar kemewahan dunia, smpai akhirat terabai dan diketepikan.. Sepatutnya perkara duniawi dan ukhrawi perlu seimbang, bukannya duk lebih dunia hilang akhirat... duk lebih akhirat hilang dunia...
awat cheq xhabaq Lebih Akhirat tuh baguih.. sbb kalau dunia diketepikan, keluarga, masyarakat dan org sekeliling nak letak tmpat mana? Ataihh atap, kita duk sementara jaa kat muka bumi ni.. tak lama, tempat persinggahan sementara jaa.. Tak lama lagi pii jugakk kita melawat kubuq, rumah keempat selepaihh alam roh,rahim dan dunia...

INGAT NAA, KITA NI SEMENTARA JAA...TAK LAMA PUN...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Wednesday, May 18, 2016

They are the Brightness

 Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh..
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
aihh, kalu buat choral speaking pun jadi nie

Tak mau habaq pasai choral speaking,
lepaih je masuk sekolah baru,
terpaksa lupakan pasai Choral Speaking
kena fokus Choir pulak..aduduii
Harini Aboutt..tekguuu!!
kalau pelat jadi tekguu lah
kalau yang biasa nie
CIKGU!!!

Harini bersamaan 27 April 2016
dan hari guru tak lama lagi dah
aboutt 20 days left

CIKGU OH CIKGU!
Harini kena describe ngan anak murid tau..ehheehe

yang pakai tudung merah tu is my teacher
Pn Roslin bt Jais
Science teacher
Selain daripada jadi guru sains,
Dia juga guru PJK
Dia rajin jugak cerita pasal pengalaman dia before jadi cikgu nie
Waktu Form 1 and Form 3
belajar PJK dengan dia lah
Masa Form 2 dengan cikgu lain
Tapi, ada satu perkara nie memang tak boleh lupa
Aboutt tangan panas dan sejuk
*ada pulak spesies reptilia eak
Mana ada reptilia pun,
tapi, dia katalah yang tangan panas ni macam mna'
yang tangan sejuk ni, knapa pulak
Haha, biarkan jelah..Abaikan yang tuh

Cepat teka mana satu cikgu dalam gambar nie..
Okay,terover excited pulak
Pandai pandailah teka sendiri okay,

Dalam gambar ni ada seorang cikgu Bahasa Arab
Dia rajin sangat buat kelas
Pagi Sabtu dan malam Rabu
memang itu waktu dia lah tuh..
nak mengajar Bahasa Arab
kadang kadang tu stress sgt sbb kerja sekolah lain tak siap lagi

Tapi, dia sebenarnya seorang yang memahami 
dan nak kami score Bahasa Arab,
Senang nak masuk dan paham,
dia berusaha utk melihat kelas kami berjaya, 
sampaikan 
hanya ada seorang sahaja yang B..
yang lain??
semua A
PALING PALING BEST SEKALI
Dia ni pandai masak and
kadang-kadang dia bawak makanan utk kita orang..seedappp ngatt
Nak try rasa?
try ar cari ustazah ni dulu


Alamakk!!terindu masakannya.. 


Thats enough...
Assalamualaikum

The Musketeers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia..
Alamak!!dah acah acah jadi PM pulak
Tak mau citaa pasal PM pun,
Awatnya??
Cek tak mau terlibat dengan isu politik naa..
Hari nie cek nak habaq pasai Teman2 cek

Acah2 candid laa tuh, ini masa Kem Persediaan Sebelum PT3 
di KEM PLKN Ulu Pari, Kota, Tampin, Negeri Sembilan.
Waktu nie dah nak balik dah.tapi,
duk tunggu acik bas yang tak sampai-sampai
Perjalanan tak ambil masa lama pun,
So, kami lebih suka untuk bersantai,
sebab tak mau balik asrama..hehe


nie ada lagi, kita orang tak dibenarkan bawa telefon bimbit
tapi, atas cooperation dan keakraban kami dengan cikgu
Kami pun pinjam telefon cikgu
cikgu apa kurangnya dia orang pun selfie jugak
siap ada Apllication lagi utk get ready for selfie

yang pakai tudung merah tu is my teacher
Pn Roslin bt Jais
Science teacher
dia memang sportinglaa
dialah yang tolong uruskan program ni
sekurangnya dapatlah keluar kejap dari sekolah..

Cepat teka mana satu cikgu dalam gambar nie..
Okay,terover excited pulak
Pandai pandailah teka sendiri okay,
Dalam gambar ni ada seorang cikgu Bahasa Arab
Dia rajin sangat buat kelas
Pagi Sabtu dan malam Rabu
memang itu waktu dia lah tuh..
nak mengajar Bahasa Arab
kadang kadang tu stress sgt sbb kerja sekolah lain tak siap lagi
Tapi, dia sebenarnya seorang yang memahami 
dan nak kami score Bahasa Arab,
Senang nak masuk dan paham,
dia berusaha sampaikan dalam kelas kami,
hanya ada seorang sahaja yang B..
yang lain??
semua A
PALING PALING BEST SEKALI
Dia ni pandai masak and
kadang-kadang dia bawak makanan utk kita orang..seedappp ngatt


Yang nie pulak time kem waktu form 2 rasanya,
tak berapa nak hingat cozz batch kita orang lah yang paling banyak aktiviti
sampaikan batch lain jeles sebab kita orang semena-mena dapat penyertaan kebangsaan
siapa tak nak klau sampai peringkat kebangsaan
Ini Kem Bersama Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
tapi buat kat sekolah lah..
Kata orang
Batch nie paling banyak gap,
tapi batch nie bila ada aktiviti aktiviti macam nilah
KAMI BERSATU
tapi, memang banyak gap pun, sebenarnya perasaan ingin bertegur 
antara satu sama lain tu yang kurang..
So, dont worry, we can improve that


Ini gambar hari pertama mereka masuk asrama
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KLUSTER KECEMERLANGAN 
TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

Panjang tak nama sekolah??
asalnya nama
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEDAS

lepastu tukar kepada
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA 
DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

nampak gah kan?
tahun 2015--3Mac
dinaiktarafkan kepada
SEKOLAH MENENGAH KLUSTER KECEMERLANGAN 
AGAMA DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

dan pada tahun 2016,
dinaiktarafkan kepada ulul albab pula
banyak inovasi dan improvement



Gambar nie adalah gambar kelas dan menjadi dp group whatsapp kami
Gambar ni sebenarnya kenangan dengan seorang ustazah yang bernama
Nurul Shuhada, dia ganti ustazah PAI yang bersalin
Tapi belajar memang sempoi lah,
Umuqq dia baru berapa,
so, acah acah sekepala dengan kami lah

Okay,daa banyak rasanya gambar dah tunjuk..
Penat dah nak menaipnya..
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Me, I and MySelf



Bismillahirahmanirahim,,
Segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian alam..
Yang memberi nikmat hidup..

Yang memberikan rezeki tidak kira pada siapa hamba-Nya..

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..

Nama diberi Ain Nazirah
Umur dihitung Enam Belas Tahun
Maaflah kalau ada buat salah
Saya memang tak pandai berpantun..

Tak salah ingin berkunjung, tapi biar dengan niat yang baik..
Tak salah untuk menjenguk, tapi biar dengan tujuan yang betul..
Tak salah untuk menegur, tapi biar bertempat..
Tak salah nak buat apa yang kita suka buat, 
tapi biar orang lain selesa dengan apa kita buat tu..
Kalau perkara baik, kita kongsikan..
Kalau negatif, tolong ubahkan..

MUQADIMAH je tu..
Kali ni kena cerita tentang MySelf. Saya sedar saya siapa, dan saya berada dimana. Saya masih tahu di mana langit dan di mana bumi. Tingginya darjat seseorang dimata manusia, tak sama tingginya darjat seseorang itu disisi Allah. Subhana-Allah. Maha Suci Allah yang mencipta kita sebagai manusia yang merupakan sebaik-baik mahkluk.

Diri yang tak seberapa ini ingin mula berbicara..
Nama diberi Ain Nazirah. Abah kata, maksudnya Mata Yang Memerhati. "Sebagai anak sulung, perhatilah adik elok-elok"..Lepastu, bila kita dok perati je..kena marah pula..sebab tak jaga..ngehngeh..

Umur? Alhamdulillah.. kalau ikut undang-undang islam dah boleh kawin. Kalau ikut undang-undang negara pun dah boleh kahwin..Ehehe,.."Sedap je!Toksah nak menggatai, umoq hang baru 16taun..Cari kieja dulu baru cari tok laki!!"(ayat ramalan kena marah dengan Ummi nanti..ehehe)
Walaupun dah umur 16taun, tapi boleh ajak main tingting lagi tau. Main sorok-sorok ke..Well, jiwa masih muda..

Rasanya cukuplah, sekadar mengenal nama dan umur. Nak cerita benda lain pula..
Nak cerita fasal Matlamat Hidup saya..

Matlamat Hidup, sesetengah berkata "perlu ke"?ini sebuah perkongsian;

Hamba Allah yang taat
Umat Rasulullah yang mengikuti Sunnahnya
Tak lari dari ajaran agama Islam
Dapat menjadi anak solehah
Menjadi anak yang taat kepada ibu bapa
Menjadi mereka yang diredai Allah
Diredai ibu bapa
Orang yang berbakti pada mereka disekelilingnya
Tidak melupakan asal usul
Tidak bongkak
SEGALA APA YANG POSITIF
sebolehnya itulah yang saya mahukan

Kalau ikut kehendak hati dan perasaan, tak nak belajar. Nak berhenti sekolah. Nak belajar Agama. Nak belajar dan mengamalkan Sunnah Rasul. Tapi, dunia berubah. Islam mula hilang ditelan hiburan. Mula berpaling arah. Jauh mendekati Islam yang sebenar, dan semakin menghampiri
 DUNIA AKHIR ZAMAN.

 Apa yang saya ingin harapkan adalah dapat bertemu dengan Amirul Mukminin, meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebenarnya takut untuk hidup. Takut tak mampu menhadapi cabaran dunia akhir zaman..Banyak sangat dugaan.

 Tapi bila sampai masanya nanti. Sampai saja klimaks pertempuran antara fitnah terbesar dan kita sebagai mujahid Islam, biarlah saya dan pembaca, merupakan golongan yang kuat iman dimana kita mampu menempuh hari-hari yang penuh dengan ujian. Inshaa-Allah..

Perkongsian demi perkongsian..Bersambung dengan yang akan datang :)

Tak semua akan puas dengan apa yang kita buat, tapi tak semstinya apa yang kita buat semuanya betul sebab tu kita hidup bermasyarakat supaya dapat saling menegur dan saling mengingati antara satu sama lain..
Sebagai contoh, inilah makcik saya (in blue scarf) yang ada ketika ibu dan ayah sibuk dengan kerja, dia akan cuba mnjadi ibu dan ayah dan memberi semangat. Kadang kita jatuh hingga tak perasan di mana diri kita, Bila bangun, apa yang akan kita lakukan untuk kali yang pertama?to be continued